dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Wellbeing Webinar NADI Care_WEBINAR Disleksia Ramai Tak Faham, Anak Jadi Mangsa

20 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Ogos 2025, telah berlangsung Wellbeing Webinar NADI Care_WEBINAR Disleksia Ramai Tak Faham, Anak Jadi Mangsa. Webinar ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 10:30 pagi sehingga pukul 11:30 pagi. Tujuan Webinar ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.

Sepanjang Webinar ini berlangsung, peserta menonton Youtube mengenai Disleksia Ramai Tak Faham, Anak Jadi Mangsa. Mr. Teow Chean Khai, Presiden, Malaysia Educational Psychology Society – MEPS menerangkan mengenai cara sokongan awal iaitu perkataan penglihatan seperti saya, dia, kamu, yang, ada, baik dan dan. Seterusnya, Mr. Teow Chean Khai menerangkan definisi masalah pembelajaran spesifik iaitu masalah perkembangan saraf ayng biasanya dikenalpasti dalam kanak-kanka awal usia sekolah walaupun mungkin tidak dapat dikesan sehingga dewasa. Akhir sekali, Mr. Teow Chean Khai menerangkan tanda-tanda awal masalah pembelajaran spesifik pembacaan iaitu mempunyai sejarah isu membaca dalam keluarga, mengelirukan huruf yang berbentuk serupa, tidak yakin, mengelakkan masa membaca dan mencampurkan kedudukan bunyi dalam perkataan.

Dengan adanya Webinar seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta megenai Disleksia. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.